Saturday 6 August 2011

Kursus Ebay di Gano Kuantan


Alhamdulillah, akhirnya Aziegroup bersama kumpulan Gano berjaya menjalankan kursus pemasaran Gano melalui Ebay iaitu pusat lelongan maya terbesar di dunia bersama En. Azlan, salah seorang ahli Gano yang giat membuat jualan di ebay. Beliau merupakan 'Power Seller' dalam pasaran ebay antarabangsa. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ebay selanjutnya. En. Azlan dan En. Khairul akan mengadakan kursus ebay sekiranya ada pihak yang berminat untuk mengadakan kursus berdasarkan model kejayaan memasarkan produk Gano dan beberapa produk lain yang sesuai untuk jualan di ebay.

Kandungan Kursus yang ditawarkan:

1) Pengenalan Ebay dan kaedah memulakan jualan
2) Kaedah membina kredibiliti sebagai penjual
3) Membuat analisa dan kajian niche produk yang sesuai dijual di ebay
4) Mencari sumber atau produk untuk jualan di ebay

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Khairul (pengendali kursus) di 019-2843850 atau emelkan ke khairulafzan@gmail.com